Hari Pendaftaran Penyertaan Kempen Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang 2017

Tarikh kemaskini pada

MPSP telah membuka satu sesi pendaftaran khas bagi penyertaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma.Mari bersama-sama hadir dan mendaftar penyertaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang 2017 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 20 April 2017 (Khamis)...
Masa : 9.00 pg - 3.00 petang
Tempat : Kaunter Berpusat MPSP, Bandar Perda (Kaunter 16 & 17)

Pendaftaran adalah PERCUMA..sila bawa bersama
1. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
2. Salinan Lesen Premis Perniagaan MPSP (jika mempunyai lesen perniagaan)

Pendaftaran kempen adalah melibatkan lapan (8) kategori perniagaan berikut:
a. Pasaraya hyper (hypermarket)
b. Pasaraya besar (supermarket)
c. Pasaraya serbaneka (departmental store)
d. Kedai serbaneka (convenient store)
e. Restoran makanan segera (fast food restaurant)
f. Kedai serbaneka stesen minyak (petrol station convenient store)
g. Kedai rangkaian (chain store)
h. Farmasi (pharmacy)
i. Lain-lain premis berkaitan yg akan dimasukkan ke dalam senarai ini pada masa akan datang (others)