PROMOSI CUKAI PINTU TAHUN 2019 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH
Adalah memaklumkan bahawa Promosi Cukai Pintu MPSP Tahun 2019 akan bermula pada 1 Disember 2018 dan akan tamat pada 28 Februari 2019. | ||||||||||||||||||||||||
Kriteria yang melayakkan pembayar cukai taksiran terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :- (a) Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun untuk tahun 2019 berserta tunggakan (jika ada). (b) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019. (c) Tidak layak bagi pemilik premis yang telah mendapat pelepasan kecuali pemilik premis yang mempunyai tunggakan dengan syarat menjelaskan keseluruhan tunggakan yang ada. (d) Pembayaran dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP seperti di Lampiran A |
||||||||||||||||||||||||
MPSP amat menggalakkan pemilik premis membuat bayaran cukai taksiran secara online bagi mengelakkan kesesakan dikaunter bayaran MPSP, dan ianya juga lebih mudah, pantas, serta menjimatkan masa dan kos. MPSP juga telah menyediakan pelbagai saluran-saluran bayaran melalui agensi kutipan yang telah dilantik bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran selain di kaunter MPSP. | ||||||||||||||||||||||||
Sehubungan dengan itu, bagi promosi cabutan bertuah kali ini, MPSP telah menyediakan sebanyak lima puluh (50) hadiah bagi kategori A iaitu bayaran secara ONLINE / AGEN KUTIPAN manakala sepuluh (10) hadiah bagi kategori B iaitu BAYARAN DIKAUNTER MPSP. | ||||||||||||||||||||||||
Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan adalah sebanyak enam puluh (60) hadiah. | ||||||||||||||||||||||||
Bagi kategori A iaitu pembayaran cukai taksiran dibuat secara ONLINE / AGEN KUTIPAN, hadiah-hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut: - | ||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||
Bagi kategori B iaitu pembayaran cukai taksiran yang dibuat dikaunter MPSP, 10 hadiah telah disediakan iaitu berupa telefon pintar Samsung Galaxy J4 Core. | ||||||||||||||||||||||||
Bagi promosi kali ini, MPSP menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta percuma (kupon jam) bernilai RM2.00 sebuku sebagai cenderamata kepada 25,000 pemilik premis yang layak dan terawal membuat tuntutan. | ||||||||||||||||||||||||
Disamping itu juga, MPSP turut menyediakan cenderamata barangan upcycle kepada 3,000 akaun berikutnya yang layak dan membuat tuntutan. Setiap akaun yang layak hanya akan diberikan satu (1) cenderamata sahaja. | ||||||||||||||||||||||||
Pemilik premis yang membuat bayaran samada dikaunter MPSP atau secara online/agen kutipan, boleh terus membuat tuntutan cenderamata di kaunter tuntutan yang disediakan di Ibu Pejabat MPSP di Bandar Perda dan kaunter cawangan dengan mengemukakan bukti-bukti pembayaran. Pemberian cenderamata akan bermula pada 1 Disember 2018 dan berakhir pada 28 Februari 2019. Selagi stok masih ada. | ||||||||||||||||||||||||
Dengan ini saya menyeru kepada semua pemilik premis agar segera membuat bayaran cukai taksiran tahun 2019 berserta tunggakan (jika ada), bagi melayakkan anda menerima cenderamata serta terpilih untuk cabutan bertuah. | ||||||||||||||||||||||||
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta senarai hadiah yang ditawarkan, sila layari laman web www.mpsp.gov.my atau hubungi di talian 04-5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | ||||||||||||||||||||||||
LAMPIRAN A | ||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||