PERKHIDMATAN PEMERIKSAAAN KESIHATAN DAN SUNTIKAN TIFOID BAGI PENGENDALI DAN PENGHANTAR MAKANAN

Tarikh kemaskini pada

Untuk makluman, MBSP akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan suntikan Tifoid kepada pengendali dan penghantar makanan.

Perkhidmatan ini akan bermula pada 22 April 2020 (Rabu) sehingga 30 April 2020 (Khamis) dari jam 12:00 tengah hari sehingga 4:00 petang termasuk pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di Ruang Lobi, Menara MBSP, Bandar Perda.

Bagi pengendali makanan atau penghantar makanan yang berada di bawah kawalan pengendali makanan, caj yang dikenakan ialah RM 55.00.

Sila bawa bersama kad pengenalan, gambar dan lesen perniagaan (jika ada) semasa ingin melakukan pemeriksaan kesihatan dan suntikan Tifoid.

tifoid

** Untuk makluman atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan, suntikan Tifoid kepada pengendali makanan eBazar di Jawi & Butterworth TIDAK dapat diteruskan. Walau bagaimanapun suntikan Tifoid di Menara Bandaraya, MBSP Bandar Perda diteruskan seperti yang dijadualkan hingga 30 April 2020 ini. Sekian, harap maklum.