UUK Kedai Makanan Dan Kedai Kopi, Kerajaan Tempatan Seberang Perai, 1974

Di bawah undang - undang Kecil Kedai Makanan Dan Kedai Kopi Kerajaan Tempatan Seberang Perai, ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang - undang kecil ini.

UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kedai makanan dan kedai kopi dalam kawasan Seberang Perai.

“Kedai Makanan” ertinya sebarang tempat yang didirikan atau bangunan sama ada tetap atau sebaliknya, di mana barang-barang makanan dan minuman dijual untuk dimakan dan diminum di bangunan itu sama ada dimasak di situ atau tidak dan termasuk kedai kopi dan kedai ice cream tetapi tidaklah termasuk sebarang rumah yang dilesenkan sebagai sebuah bar, sebuah hotel, kedai minuman keras atau kedai tuak.

“Gerai” ertinya sebarang gerai, bangku, meja, papan tingkat atau almari cermin yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan atau mungkin digunakan untuk menjual atau menyediakan atau mempamirkan sebarang benda atau makanan yang hendak dijual di dalam premis yang dilesen.

Ya, setiap salinan sah sebarang lesen yang dikeluarkan di bawah undang - undang Kecil ini akan dikenakan bayaran sebanyak dua (2) ringgit bagi tiap - tiap satu (1) salinan.