PENGUMUMAN KEPUTUSAN TENDER


Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat )

KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 16 DISEMBER 2011

Kenyataan Yang DiPertua

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Majlis Penuh Pada 16 Disember 2011

 


1.SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di seluruh negeri Pulau Pinang yang akan disambut pada 25 Disember 2011.


2.PENCAPAIAN MPSP DALAM TAHUN 2011

Pada tahun ini MPSP telah berjaya memperolehi beberapa anugerah, seperti berikut:-

Anugerah Khas, Kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Tahun 2010
Johan, Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) Peringkat Negeri Tahun 2010
Sijil Bersih Ketua Audit Negara Tahun 2010
3 Agensi Terbaik Anugerah Inovasi Kewangan (AIPK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2010
Sijil Penghargaan Inisiatif Hijau, Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HSBS) Tahun 2011
Anugerah Cemerlang, Penarafan 5 Bintang Dalam Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2011, Tahun 2011
Persijilan Semula MS ISO 9001:2008
Audit  Pengawasan MS ISO 14001:2004 (EMS)

Majlis Perbandaran Seberang Perai akan berusaha untuk terus maju kehadapan bagi tahun 2012 dan tahun seterusnya, dengan pencapaian-pencapaian yang lain.


3.JADUAL MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP TAHUN 2012

Untuk menambahbaikan lagi sistem penyampaian perkhidmatan Majlis Perbandaran Seberang Perai, satu takwim Jadual Mesyuarat untuk tahun 2012 telah disediakan lebih awal.  Dengan penyediaan awal Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Majlis ini, akan dapat membantu pegawai-pegawai Majlis merancang dengan lebih awal dan menyediakan kertas kerja untuk dibincangkan dan diputuskan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap untuk dijadikan dasar, garispanduan dan prosidur Majlis.   Sebelum ini Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Tetap disediakan dari bulan ke bulan.  

Di harap dengan penyediaan Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Tetap ini dengan lebih awal dapat memantapkan lagi perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk Tahun 2012.


4.PEMBAHARUAN LESEN PREMIS DAN PENJAJA MPSP

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembaharuan Lesen Premis dan Penjaja MPSP boleh dilakukan pada bila-bila masa di Kaunter Berpusat MPSP dan kaunter-kaunter Pejabat Cawangan MPSP. Semua pemegang lesen MPSP dikehendaki membawa bil lesen MPSP, surat kelulusan pindaan lesen (sekiranya ada) dan salinan Bil Cukai Taksiran MPSP yang terkini untuk proses pembaharuan lesen.

Semua pemilik Lesen Premis dan Penjaja MPSP diminta untuk menjelaskan Cukai Taksiran MPSP sebelum membuat pembaharuan lesen tersebut bagi memudahkan proses pembaharuan.

Untuk makluman semua, Lesen Premis dan Penjaja MPSP kini menggunakan tarikh tamat lesen yang berbeza-beza mengikut tarikh kelulusan lesen berkenaan. Pemilik lesen tersebut diminta untuk memastikan lesen mereka diperbaharui sebelum tarikh tamat lesen masing-masing. Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pemegang lesen yang tidak memperbaharui lesen mereka.

Pembayaran pembaharuan Lesen Premis dan Penjaja boleh dibuat di Kaunter Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pejabat Cawangan MPSP Butterworth dan Pejabat Cawangan MPSP Jawi. Sebarang maklumat lanjut bolehlah diperolehi dengan menghubungi talian 04-5497685.


5.PROMOSI BAYARAN CUKAI PINTU TAHUN 2012 DALAM BULAN DISEMBER 2011

Sukacita di sini saya memaklumkan bahawa bil cukai pintu telah dipos kepada semua pemilik premis di Seberang Perai mulai 26 November 2011 dan pembayaran perlu dibuat sebelum 28 Februari 2012. Bagi pemilik premis yang masih belum menerima bil cukai pintu, semakan boleh dibuat di Kaunter Bayaran MPSP atau di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my.

Selain itu, bulan Disember ini adalah bulan promosi bayaran cukai pintu di mana pembayar cukai berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang telah disediakan. Di samping itu, MPSP juga memberi cenderahati iaitu ‘recycle shopping bag’ kepada pembayar cukai yang layak menyertai cabutan bertuah selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat serta senarai hadiah yang telah disediakan, ia boleh didapati di www.mpsp.gov.my.


6.SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Kita masih ada 15 hari lagi sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya.  Justeru itu, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua warga Seberang Perai yang mana kita akan menyambutnya pada 1 Januari 2012.  Diharapkan tahun 2012 akan membawa banyak perubahan dan kebaikan kepada semua.


7.SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan kepada semua masyarakat Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23 dan 24 Januari 2012.  Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun 2012 adalah tahun Naga.


8.TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN DISEMBER 2011

Sepanjang bulan Disember 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 30 notis berhenti kerja dan 37 notis meroboh ke atas binaan tanpa kebenaran serta 2 operasi meruntuh di Taman Belian dan Bandar Putra Bertam SPU telah dijalankan.

Sebanyak 297 buah Premis Perniagaan telah diperiksa dan dari jumlah tersebut sebanyak 15 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.
Direktorat juga telah mengeluarkan 88 kompaun kenderaan berat di dalam Taman Perumahan serta 5 kompaun ke atas kenderaan Lori Tanah yang menyebabkan jalan kotor.

Sebanyak 149 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 7,450.00 bayaran diterima.

Sebanyak 5793 kompaun parking telah dikeluarkan dan kompaun telah dibayar berjumlah RM43,820.00 1 Disember 2011 sehingga 13 Disember 2011.

Direktorat juga telah menjalankan satu operasi bersepadu bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) ke atas kenderaan-kenderaan berat yang diletakan da dalam kawasan perumahan pada 4hb Disember 2011 bermula dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi. Dalam operasi tersebut MPSP telah mengeluarkan 46 kompaun , JPJ - 7 kompuan, PDRM- 5 kompaun mengikut peruntukan kuasa masing-masing dan SPAD telah mengambil data-data kesalahan untuk tindakan pihaknya serta sebuah Bas Sekolah telah ditunda.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UNDIAN BIL 10/2011


Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA (NEGERI)


Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

SURAT GAGAL TENDER/SEBUTHARGA


Adalah dimaklumkan bahawa MPSP sedang berusaha menambahbaik sistem penyampaian agar maklumat berkaitan Tender/Sebutharga akan dapat diperolehi dengan lebih cepat dan terkini sesuai dengan kepantasan teknologi yang ada.

Salah satu pemudahcara adalah cetakan surat secara online iaitu "Surat Gagal Tender/Sebutharga" melalui www.mpsp.gov.my dibawah menu Perkhidmatan Online.