Cabutan Kerja Undian Kali Kedua Bil. 2/2011

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Cabutan Kerja Undian kali kedua bagi tahun 2011.
(Sila Klik untuk maklumat lanjut)

Hebahan Penangguhan Sebutharga Pasar (18/01/2011)

 

 

Adalah dimaklumkan MPSP telah menangguhkan untuk sementara waktu semua sebutharga Pasar Awam seperti dibawah.

1)Pasar Awam Valdor (SPS) S 0411001

2) Pasar Awam Sama Gagah,Permatang Pauh (SPT) S 0411002

3)Pasar Awam Permatang Tinggi (SPT) S 0411008

4)Pasar Awam Berapit (SPT) S 0411007

5)Pasar Awam Bukit Mertajam (SPT) S 0411014

6)Pasar Awam Kampung Baru (SPT) S 0411003

7)Pasar Awam Jetty Lama (SPU) S 0411004

8)Pasar Awam Penaga (SPU) S 0411006

9) Pasar Awam Taman Bagan (SPU) S 0411005

Sebarang kesulitan di pihak semua kontraktor dipohon ribuan maaf.

 

PANGGILAN UNTUK MENGEMUKAKAN HARGA PEMBELIAN BAGI KESELURUHAN TANAH DAN BANGUNAN IBU PEJABAT MPSP DI JALAN DATUK HAJI AHMAD SAID, BUTTERWORTH (13/01/2011)

 

Permohonan untuk membeli keseluruhan tanah dan bangunan MPSP di Jalan Datuk Haji Ahmad Said, Butterworth dibuka kepada semua warganegara Malaysia samada individu atau syarikat.  Panggilan untuk mengemukakan harga pembelian akan ditutup pada 17 Januari 2011 jam 12:00 tengahari.  Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma di Kaunter Berpusat MPSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Bakal-bakal pembeli diingatkan bahawa penjualan tanah dan bangunan MPSP ini adalah tertakluk kepada konsep “As is where is” dan MPSP tidak terikat untuk meluluskan mana-mana permohonan yang menawarkan harga yang tertinggi.

Bakal-bakal pembeli juga dinasihatkan untuk membuat carian rasmi di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang bagi melihat butir-butir hakmilik tanah. Untuk bakal-bakal pembeli yang berminat untuk membuat lawat periksa bangunan boleh menghubungi En. Syahrir di talian 04-5497496.

Penjualan ibu pejabat MPSP ini dapat membantu mengaktifkan semula bandar Butterworth melalui pihak ketiga. Oleh itu, pembeli yang berminat disyorkan membeli dan mencadangkan pembangunan yang boleh menjadi tarikan pengunjung ke bandar Butterworth.  Ini juga akan meningkatkan keceriaan bandar khususnya bandar Butterworth yang juga merupakan salah satu fokus MPSP.

Pengumuman Keputusan Undian Bil. 1/2011 (17/01/2011)

 

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)