Pemenang rekabentuk 'banner' Portal Rasmi MPSP

Bahagian Teknologi Maklumat ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian untuk merekabentuk 'banner' bagi Portal Rasmi MPSP. Berikut adalah hasil rekabentuk 'banner' yang telah di hantar ke Bahagian Teknologi Maklumat.

 

1. Siti Aminah Nor

finalmpsp

  

2.Esfairol bin Ali

BANNER_MPSP_1

  

BANNER_MPSP_2_copy 

3.Mohd Ridhuan bin Othman

header_mpsp00j

 

header_mpsp01j

 

header_mpsp02j

 

header_mpsp03j

 

header_mpsp04j

 

4.Mohd Faidrol bin Mohd Radzi

banner_mpsp

 

banner_mpsp2

 

 Rekabentuk 'banner' yang berjaya telah kami gunakan untuk Portal Rasmi MPSP. Tahniah di ucapkan kepada Siti Aminah Noor.

 

 

 

 

SAMBUTAN " EARTH HOUR " (22/03/2011)

Sempena sambutan "Earth Hour" semua warga Seberang Perai digalakkan untuk mengambil bahagian dengan memadamkan semua lampu-lampu (kecuali yang diperlukan untuk keselamatan) selama 1 jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 26 Mac 2011 (Sabtu).

KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 24 FEBRUARI 2011

1.    TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN FEBRUARI 2011

Sepanjang Februari 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah merobohkan 10 buah binaan dengan serahan 25 notis berhenti kerja dan 101 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran.  Sebanyak 723 buah premis perniagaan telah diperiksa dan dari jumlah tersebut sebanyak 81 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

Direktorat Penguatkuasaan juga telah mengeluarkan 71 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 25 kompaun ke atas kenderaan lori tanah yang menyebabkan jalan kotor.  Sebanyak 117 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 5,850 bayaran diterima.  Sebanyak 5497 kompaun parking telah dikeluarkan dan kompaun telah dibayar berjumlah  RM 10,715 sepanjang Februari 2011.

 

2.    BIL CUKAI TAKSIRAN SETENGAH TAHUN PERTAMA 2011

Tarikh akhir bayaran bagi Bil Cukai Taksiran Setengah Tahun Pertama 2011 adalah pada 28 Februari 2011. Denda lewat sebanyak RM10 akan dikenakan bermula 1 Mac 2011 manakala kos waran tahanan sebanyak RM50 akan dikenakan jika pemilik premis masih gagal menjelaskan cukai yang perlu dibayar. Pemilik premis juga diingatkan supaya tidak perlu menunggu bil untuk membuat bayaran. Pemilik boleh terus hadir ke mana-mana kaunter MPSP untuk membuat bayaran. Pemilik premis juga boleh membuat semakan bil melalui laman web MPSP.

Kaunter Bayaran di Bangunan Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda akan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad disepanjang bulan Januari dan Februari 2011 dari jam 8.00 pagi - 12.30 tengahari.  Pada 28 Februari 2011, perkhidmatan kaunter MPSP akan dilanjutkan sehingga jam 8.00 malam bagi memberi peluang kepada warga seberang menjelaskan cukai masing-masing. Kaunter ditutup pada Hari Cuti Umum.

Selain dari itu, bayaran juga boleh dibuat melalui saluran berikut:
(1)     Kaunter Pejabat Cawangan MPSP di Butterworth dan Sungai Jawi
(2)     Laman Web MPSP di www.mpsp.gov.my melalui kad kredit VISA dan Mastercard serta melalui MEPS FPX
(3)     Laman Web Kerajaan Negeri Pulau Pinang di www.penang.gov.my melalui MEPS FPX
(4)     Kaunter Agen Kutipan Setempat iaitu MPPP, TNB, TM, PDC, PBA, dan POS Malaysia
(5)     Kaunter Bank, iaitu Ambank, BIMB, Alliance Bank, Bank Rakyat dan CIMB (Bumiputra Commerce sahaja)
(6)    Perbankan Internet 14 buah bank, iaitu Ambank, BIMB, Alliance Bank, Bank Rakyat, CIMB, Citibank, MBF, EON Bank, HSBC Bank, RHB Bank, Affin Bank, UOB Bank, BSN  dan Maybank.

 

3.    KLINIK PEMBAYAR CUKAI

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan klinik pembayar cukai bermula Mac 2011.  Klinik ini akan diadakan pada hari jumaat terakhir setiap bulan bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari di bilik Mawar, Ibu pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.  Orang ramai yang mempunyai masalah untuk menjelaskan tunggakan cukai mereka, dialu-alukan untuk hadir.

 

4.    PENGREDDAN TANDAS AWAM

Program pemeriksaan dan penggredan tandas akan dilakukan sekali sebulan bagi setiap tandas awam.  Ia meliputi tandas sejumlah 1433 buah tandas termasuk restoran, kedai kopi dan makanan, kompleks makanan MPSP / swasta, pasar awam MPSP, taman rekreasi MPSP. Ini termasuk Tandas Awam Pejabat Tanah & Daerah yang mana penyerahan telah dilakukan kepada MPSP pada 25 Mei 2010.
 
Setiap tandas akan dinilai dan diberikan gred / bintang berdasar tahap kebersihan dan struktur.  Antara aspek yang dinilai  dan diberikan markah adalah keadaan persekitaran (18 markah), struktur & penyelenggaraan (46 markah), alat kemudahan sanitari (12 markah), notis / signages (3 markah), aktiviti pembersihan tandas (14 markah) & keperluan tambahan (7 markah).

Oleh yang demikian sejumlah RM 169,700.00 telah diperuntukkan oleh MPSP bagi kerja kerja pembaikan tandas yang dibawah seliaan MPSP pada Tahun 2011.
Pemeriksaan awalan pada Januari 2011 telah dilakukan mendapati 8.2% mendapat gred ’A’, 7.5% Gred ’B’, 81.7% gred ’C’ dan 2.6%  gred ’D’.

Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan terhadap pemilik premis dan juga kontraktor yang didapati mengabaikan kebersihan dan penyelenggaraan tandas tersebut.

MPSP juga telah menubuhkan Skuad Tindakkan Khas yang akan membantu dalam aktiviti pembersihan sekiranya pemunya gagal mematuhi notis yang  dikeluarkan (Notis Pembersihan 24 jam) di bawah Seksyen 85 Akta Jalan Parit & Bangunan 1974. Caj atau bayaran  akan dikenakan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan.  

 

Perlantikan Baru Agen Kutipan Public Bank Berhad (18/03/2011)

 

Bermula 15 Mac 2011 MPSP telah melantik Public Bank Berhad sebagai agen kutipan cukai taksiran. Bayaran Boleh Di Buat melalui Internet Banking dan Mesin ATM

PELAWAAN MEREKABENTUK 'BANNER' LAMAN WEB MPSP

PELAWAAN MEREKABENTUK 'BANNER' LAMAN WEB MPSP
 
Bahagian Teknologi Maklumat mempelawa  sesiapa yang berminat dan kreatif untuk merekabentuk 'Banner' bagi Laman Web MPSP bersaiz 1024 x 150 pixels. Rekabentuk tersebut mestilah disediakan dalam bentuk 'softcopy' dan perlu dihantar kepada Bahagian ini selewat-lewatnya pada 22 Mac 2011. Penghantaran boleh dibuat melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau datang sendiri ke Tingkat 13, Ibu Pejabat MPSP. Rekabentuk yang terpilih akan diberikan cenderahati berbentuk 'External Hard Disk' bersaiz 500 Gb. Sekian, harap maklum.