Kenyataan Yang DiPertua Bulan April 2011

Kenyataan Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Majlis Penuh Pada 28 April 2011

  1. 1.    PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

 

1.1     PENYEDIAAN NOTA MESYUARAT DALAM TEMPOH 24 JAM

MPSP telah membuat penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan Nota Mesyuarat, yang perlu dikemukakan dalam tempoh 24 jam oleh pegawai yang hadir ke sesuatu mesyuarat, supaya dapat disalurkan kepada pihak pengurusan atasan. Ianya adalah bertujuan untuk tindakan yang segera atau secepat mungkin, dapat dilaksanakan oleh jabatan berkaitan terhadap perkara atau isu yang diputuskankan di dalam mesyuarat tanpa menunggu Minit Mesyuarat dikemukakan oleh pihak urusetia mesyuarat.

 

1.2 MAKLUMBALAS ADUAN OLEH MPSP

Maklumbalas atau aduan pelanggan kepada MPSP, adalah sangat dihargai dan sentiasa diberi perhatian yang serius kerana ia sememangnya berharga dan boleh membantu dalam usaha MPSP untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada semua para pelanggan. Orang ramai adalah merupakan “eyes and ears” kepada MPSP untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

MPSP menguatkuasa Piagam Pelanggan iaitu, MPSP akan mengemukakan maklumbalas terhadap tindakan yang diambil atau akan diambil kepada pengadu dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima aduan. 

 

  1. 2.    TASK FORCE PENANG SCIENCE PARK DAN KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK

Pihak MPSP telah menubuhkan Task Force Penang Science Park dan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak pada 20 April 2011 dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Federal Federation Of Malaysian Manufactures (FMM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak MPSP sendiri. Task Force ini diwujudkan supaya perkhidmatan di kawasan tersebut dapat dipantau dan diambil tindakan segera untuk kepentingan pihak pelabur di kawasan tersebut yang memberi impak yang besar terhadap pembangunan di Seberang Perai. Antara aspek yang akan diambil kira adalah Infrastruktur, Pembersihan dan Pengindahan, Utiliti dan Keselamatan. MPSP juga akan menubuhkan Task Force di Taman Perindustrian yang lain dalam masa terdekat ini.

  

  1. 3.    TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN APRIL 2011 

Sepanjang bulan April 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 38 notis berhenti kerja dan 55 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran.

Sebanyak 1327 buah premis perniagaan telah diperiksa dan dari jumlah tersebut sebanyak 157 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

Direktorat Penguatkuasaan juga telah mengeluarkan 225 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 55 kompaun ke atas kenderaan Lori Tanah yang menyebabkan jalan kotor.

Sebanyak 177 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 8,850 telah bayaran diterima.

Manakala bagi kompaun parking pula, sebanyak 7973 kompaun parking telah dikeluarkan dan kompaun telah dibayar berjumlah RM80,305 sepanjang April 2011.

 

4.    HARI PEKERJA

1 haribulan Mei setiap tahun, Hari Pekerja sebenarnya mengingatkan kita betapa besarnya sumbangan para pekerja ke atas pembangunan negara. Pekerja adalah tonggak kemajuan, kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara. Tanpa pekerja, terutamanya pekerja yang dedikasi dan produktif, tidak mungkin kita akan mencapai kemajuan dan kemakmuran seperti yang dinikmati sekarang ini. Justeru, kita harus melihat sambutan Hari Pekerja ini sebagai wadah bagi menghargai sumbangan seluruh warga pekerja dalam memacu pembangunan negara ke arah kemajuan dan kemakmuran. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Pulau Pinang amnya dan seluruh warga Seberang Perai khususnya yang akan disambut pada 1 Mei 2011 (Ahad).

 

5.    HARI WESAK

Kepada seluruh penganut agama Buddha di Seberang Perai, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak yang akan disambut pada 17 Mei 2011 (Selasa).

 

Sekian, terima kasih.

Perkhidmatan Online MPSP Tergendala (16/04/2011)

Perkhidmatan Online MPSP akan tergendala pada 16 April 2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang untuk kerja-kerja penyelenggaraan server. Sebarang kesulitan yang timbul harap maaf. Sekian, untuk makluman.

Pengumuman Pendaftaran Kontraktor/Pembekal Sistem Berkomputer

Adalah dijemput Kontraktor/Pembekal yang berkelayakan dalam membangunkan sistem pengaturcaraan berkomputer untuk berdaftar dengan Pihak Majlis.

 

Kontraktor/Pembekal yang berminat diminta untuk mengemukakan profil syarikat tuan/puan kepada Bahagian Teknologi Maklumat untuk perhatian Encik Abdul Fikri Ridzauudin Bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi Maklumat atau melalui penggunaan emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Untuk sebarang pertanyaan, beliau boleh dihubungi di talian 04-5497443.

Larian Hari Bumi Sedunia 2011 Negeri Pulau Pinang

Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Larian Hari Bumi Sedunia 2011 Negeri Pulau Pinang dan Mini Karnival pada :-

 

Tarikh : 24 April 2011 (Ahad)
Jam : 6.30 pagi sehingga 10.30 pag
Tempat : Kompleks Sukan dan Rekreasi SPT,
             Jalan Betek,
             Bukit Mertajam.

 

Yuran pendaftaran RM 10.00 bagi setiap peserta dan juga cabutan bertuah.

 

Sila dapatkan borang penyertaan di Pusat Khidmat ADUN Penanti, Pusat Khidmat ADUN Padang Lalang, Pusat Khidmat ADUN Berapit, Pusat Khidmat ADUN Sungai Puyu, Pusat Khidmat ADUN KOMTAR, dan semua Cawangan Quench It (Kedai Runcit Organik).

 

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 April 2011 (Jumaat), jam 5.00 petang.

Kenyataan Yang Dipertua Bulan Mac 2011

 

Kenyataan Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Majlis Penuh Pada 31 Mac 2011

 

 

1.    PERTUKARAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

 

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011 yang lalu, En. Mohd Ibrahim bin Md Nor telah dilantik sebagai Pengarah Pelesenan sementara Ir Hjh Rosnani bt Hj Mahmud pula telah dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Perbandaran. Ini adalah bertujuan untuk memantapkankan lagi struktur organisasi MPSP dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.

 

 

  1. 2.   PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN TRANSFORMASI MPSP

 

Melalui pelancaran Blueprint Program Transformasi yang sempunakan oleh Y.A.B Ketua Menteri pada 17 Ogos 2010 yang lalu, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menetapkan tahun 2011 sebagai tahun transformasi ke atas sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada stakeholders. Mantan Yang DiPertua telah menggariskan perancangan pengurusan makro untuk MPSP (macro management).

 

Kesinambungan dari usaha-usaha beliau, saya selaku Yang DiPertua yang baru bersama-sama Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-ketua jabatan serta kakitangan MPSP, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menetapkan tahun 2011 sebagai Tahun Transformasi ke atas sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada stakeholders. Terdapat Enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang perlu diberi perhatian oleh MPSP. Kami akan melaksanakan dalam bentuk pengurusan mikro (micro management) untuk menjayakan Enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) iaitu ;

 

  1. 1.     Meningkatkan Kebersihan
  2. 2.     Penyelenggaraan Yang Efisyen
  3. 3.     Meningkatkan Tahap Keselamatan
  4. 4.     Meningkatkan Keceriaan Bandar
  5. 5.     Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Penguatkuasaan
  6. 6.     Memantapkan Organisasi dan Proses Kerja

 

Bidang Keberhasilan Utama (KRA)   yang diwujudkan adalah selari dengan Visi MPSP sendiri iaitu “Menjadikan Seberang Perai bersih, indah dan selesa didiami, bekerja serta menjadi tarikan pelaburan“ dan Misi “Menyediakan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak komuniti Seberang Perai“ yang juga mendokong wawasan Negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri bertaraf antarabangsa yang menjadi pilihan para pelabur, destinasi pilihan pelancong dan lokasi pilihan penghuni yang inginkan kehidupan mapan.

  

MPSP sedang berusaha untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat melalui sesi Taklimat Kesedaran Kepatuhan Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan dan Bandar Selamat yang telah diadakan pada 23 Mac 2011 di Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth. Program ini adalah di bawah KRA yang kelima iaitu Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Penguatkuasaan yang menggariskan strategi untuk Mempertingkatkan Pendidikan dan Kesedaran Kepatuhan Undang-Undang. MPSP turut mengadakan Taklimat Berkenaan Kesan Radiasi Dari Struktur Telekomunikasi pada 22 Mac 2011 di Hotel Sunway dan juga Taklimat Program Kitar Semula di Kediaman Bertingkat Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai pada 26 Mac 2011 yang lalu di Auditorium MPSP.

 

Disamping itu, MPSP turut mengambil tindakan penguatkuasaan di mana sepanjang Mac 2011, Jabatan Direktorat Penguatkuasaan telah mengeluarkan 11,397 tawaran kompaun letak kereta dan bayaran yang diterima adalah berjumlah RM27,140.00. Manakala jumlah kompaun halangan pula, sebanyak 303 telah dikeluarkan dan sebanyak 102 bayaran yang diterima berjumlah RM7,140.00.

 

Jabatan ini juga telah mengunci tayar ke atas 268 buah kenderaan dan bayaran yang diterima berjumlah RM13,400.00. Manakala bagi kompaun lesen premis pula, sebanyak 193 tawaran kompaun telah dikeluarkan dan bayaran diterima berjumlah RM6,730.00. Sebanyak 8 operasi sitaan telah dijalankan (Notis kacau Ganggu-2, Notis Menurunkan Papan Iklan-2, dan Notis Memberhentikan Perniagaan-4). Bagi kompaun pusat hiburan, sebanyak 1 tawaran kompaun telah dikeluarkan.

 

Selain itu, sebanyak 87 notis bangunan telah dikeluarkan iaitu 42 notis berhenti kerja, 43 notis meruntuh dan 2 notis operasi meruntuh.

 

Saya menyeru semua pihak untuk bekerjasama dengan kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Warga Seberang Perai.

 

 

Sekian, terima kasih.