PENDAFTARAN SEBAGAI SAHABAT MPSP



Salam Hormat Dari MPSP.


1. MPSP mengucapkan terima kasih ke atas minat tuan/puan untuk membantu MPSP sebagai SAHABAT MPSP.

2. Dilampirkan borang pendaftaran SAHABAT MPSP untuk dilengkapkan oleh tuan/puan dan kembalikan 
   SEBELUM 30 NOVEMBER 2011 secara emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

3. Di bawah ini adalah sedikit informasi tentang Sahabat MPSP untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

 

Sekian, terima kasih.

( DR. HAJI ROMLI BIN HAJI AWANG )
Pengarah Perkhidmatan Kesihatan
Majlis Perbandaran Seberang Perai

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.  Apa itu SAHABAT MPSP?

    SAHABAT MPSP adalah konsep membantu secara sukarela untuk melaksanakan beberapa fungsi MPSP
    dan juga merapatkan jurang antara MPSP dan komuniti.
Ia mengambil konsep mudah dan praktikal dan
    pendekatan secara kesepakatan komuniti.


2. Konsep SAHABAT MPSP.

   • Bersifat `Smart Partnership’.
   • Mengembelingkan tenaga dan kerjasama antara MPSP dan komuniti untuk membantu dalam 
     merealisasikan fungsi-fungsi MPSP.

   • Mengwujudkan persepsi positif komuniti terhadap kerja-kerja MPSP dengan mewujudkan hubungan
     kerjasama.

 
3. Misi SAHABAT MPSP

   • Membantu MPSP secara sukarela dalam kerja-kerja kesihatan awam termasuk aspek kebersihan 
     dan keselamatan makanan, 
aspek kawalan vektor dan perkhidmatan veterinar.
   • Menjadi SAHABAT MPSP landasan formal perhubungan MPSP dan komuniti.
   • Mewujudkan hubungan mesra antara MPSP dan komuniti bagi meningkatkan keyakinan kepada MPSP.
   • Memberi maklumat berhubung bidang tugas MPSP untuk manfaat komuniti Seberang Perai.


4. Siapa boleh mendaftar sebagai SAHABAT MPSP.

   Orang ramai, ahli-ahli pertubuhan dan persatuan, pelajar, kakitangan kerajaan, swasta dan semua
   orang yang mahu membantu MPSP secara sukarela.


5. Bagaimana untuk mendaftar sebagai SAHABAT MPSP.

   Melengkapkan borang pendaftaran sebagai Sahabat MPSP dan hantar secara online kepada
   Pengarah Perkhidmatan Kesihatan MPSP.
Anda akan dihubungi setelah mendaftar sebagai Sahabat MPSP.


6. Apakah kerja-kerja yang boleh dibantu oleh SAHABAT MPSP.

   • Pemantauan kebersihan/keselamatan dan penggreden premis makanan di perbandaran Seberang Perai.


7. Nama, Alamat dan Nombor Telefon MPSP Untuk Dihubungi:-

   Pengarah
   Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
   Majlis Perbandaran Seberang Perai
   Jalan Perda Utama,
   14000 Bukit Mertajam
   Tel No: 04-5497734/557/558

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UNDIAN BIL. 8/2011

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PENGUMUMAN TENDER INSURAN MAJLIS

Adalah dimaklumkan Kenyataan Tender MPSP yang telah dibuat pada 18 Oktober 2011 bertajuk "Perkhidmatan Insuran Untuk MPSP Bagi Tahun 2012" yang mana tarikh tutup sebenar adalah 07 November 2011 telah dipinda kepada 08 November 2011 kerana Cuti Umum.
Sebarang kesulitan amat dikesali. Sekian, harap maklum.

KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 28 OKTOBER 2011

Kenyataan Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Majlis Penuh Pada 28 Oktober 2011

 

  1. MAJLIS PERASMIAN HARI PENTERNAK, PELADANG, NELAYAN DAN KARNIVAL KOPERASI 2011

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Jawatankuasa MMK Pembangunan Koperasi dengan kerjasama MMK Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan Majlis Perasmian Hari Penternak, Peladang, Nelayan dan Karnival Koperasi 2011 pada 28 Oktober 2011 (Jumaat) jam 2:30 petang, bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Untuk makluman, majlis ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Rahman bin Haji Abbas. Sehubungan itu, saya menjemput hadirin semua untuk menghadiri majlis tersebut sebagai sokongan kepada program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

  1. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 10 ZULHIJJAH 1432H

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam yang dijangka kita akan menyambutnya pada 6 November 2011 (Ahad). Sehubungan itu, telah diumumkan pagi tadi, Hari Raya Aidil Adha jatuh pada 6 November 2011 maka 7 November 2011 (Isnin) adalah merupakan hari kelepasan am.

  1. ANUGERAH SEKOLAH HIJAU

Anugerah Sekolah Hijau melalui Program LA 21 bermula dalam tahun 2010. Program ini telah ditaja oleh Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd dengan memberi sumbangan sebanyak RM20,000.00 setahun. Pada tahun 2010 sebanyak 30 sekolah telah mengambil bahagian, iaitu 16 sekolah rendah dan 14 sekolah menengah.

Pada tahun 2011 ini, bilangan sekolah didapati telah bertambah kepada 36 iaitu 19 sekolah rendah dan 17 sekolah menengah. Panel penilai terdiri daripada Jabatan Pelajaran, Jabatan Alam Sekitar dan Continental Automotive Components Malaysia telah melawat ke sekolah-sekolah dalam bulan Oktober 2011.

Tiga buah sekolah terbaik bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah telah dipilih ke Pertandingan Akhir Sekolah Hijau yang akan diadakan pada 31 Oktober 2011 jam 9.00 pagi di Auditorium MPSP, Bandar Perda. Bukit Mertajam.

Ciri-ciri amalan hijau yang baik dinilai ialah seperti berikut:

1. 3R 

2. Sisa makan 

3. Minyak masak terpakai 

4. Bahan pembersih 

5. Beg plastik 

6. Tanam pokok

7. Penjimatan tenaga/elektrik 

8. Penjimatan air 

9. Kebersihan kawasan sekolah 

10. Kegiatan luar seperti aktiviti alam sekitar dalam komuniti
 

Sebagai makluman, Johan bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00 dan diikuti oleh Naib Johan sebanyak RM1,600.00 dan tempat ketiga akan menerima RM1,000.00.

 

  1. PROGRAM LA21 DAN CLEANER GREENER PENANG

Pelbagai program untuk LA 21 dan Cleaner Greener Penang diadakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan meningkatkan penglibatan awam bersama ke arah penghijauan dan mewujudkan masyarakat yang mampan dan menyeluruh bagi mencapai persekitaran hidup yang lebih baik. Di bawah Program LA 21 sebanyak 7 program telah dijalankan. Antaranya ialah Kempen Tiada Beg Plastik sebanyak 16 aktiviti, Program Kompos sebanyak 18 aktiviti, Program Pemandulan Anjing (SPCA) 8 aktiviti, Program Kitar Semula 8 aktiviti, Program Sekolah Hijau 23 aktiviti, Program Mudball / Bebola Tanah sebanyak 33 aktiviti, Program Alam Sekitar 33 aktiviti dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sebanyak 3 aktiviti telah dijalankan. Manakala bagi lain-lain program seperti lawatan / ceramah di kilang Seberang Perai sebanyak 115 aktiviti telah dijalankan, aktiviti jualan barangan kitar semula telah diadakan sebanyak 187 kali, ceramah dan pameran kitar semula pula telah diadakan sebanyak 22 kali dan aktiviti gotong-royong sebanyak 269 aktiviti dari Januari 2011 sehingga kini.
 

  1. PEMASANGAN CERMIN KESELAMATAN DI BAWAH PROGRAM BANDAR SELAMAT

Pemasangan cermin keselamatan untuk pejalan kaki merupakan satu daripada 3 langkah segera PROGRAM BANDAR SELAMAT bagi 151 PBT di Malaysia. Di Seberang Perai sebanyak 55 buah cermin keselamatan untuk pejalan kaki dipasang di bawah program ini dengan peruntukan sebanyak RM50,500.00. Kesemua lokasi ini dipasang di kawasan yang mempunyai potensi untuk berlaku jenayah dan juga kawasan-kawasan hotspot yang telah dikenalpasti oleh pihak polis dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

Kebanyakkan cermin keselamatan ini dipasang di lorong / jalan yang terlindung dan kawasan yang berpotensi berlaku jenayah bagi mengelakkan ancaman peragut dan juga jenayah yang datang dari sudut buta (blind spot).

Selain itu, pemasangan cermin keselamatan ini juga dimasukkan dalam Buku Panduan ‘ CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN (CPTED)’ sebagai panduan kepada pemajuan semasa mereka bentuk sesuatu kemajuan.

 

  1. PROJEK MENAIKTARAF TAMAN PERMAINAN

Penyelenggaraan taman permainan di Seberang Perai secara terancang, sistematik dan tindakan pembaikan yang cepat merupakan salah satu daripada aspek perkhidmatan penting yang diinginkan oleh penduduk mahupun pelanggan MPSP. Sebagai makluman terdapat 985 taman di seluruh Seberang Perai yang digunakan untuk tujuan riadah dan juga sebagai taman permainan Pada tahun 2011, perbelanjaan untuk penyelenggaraan / pembaikan peralatan permainan adalah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM360,000 kerana faktor-faktor seperti berikut:

  1. Kerosakan peralatan atas faktor penggunaan biasa

  2. Vendalisma oleh pengguna seperti membakar peralatan, merosakkan peralatan dan sebagainya

  3. Penggunaan oleh pengguna bukan kanak-kanak seperti yang disyorkan

Peruntukan untuk penyelenggaraan / pembaikan / penggantian alat-alat permainan ditingkatkan kepada RM450,000 untuk tahun 2012 berbanding tahun 2011 kerana sebahagian daripada peralatan sediada ditapak telahpun berusia / uzur, peningkatan pembangunan semasa dan cadangan pemantauan kerosakan oleh pihak Majlis secara lebih kerap dan berkala.

Justeru Majlis bercadang pada tahun ini, pemasangan baru sejumlah 16 set alat permainan bersepadu (integrated playground) dengan perbelanjaan berjumlah RM500,000. Pemasangan alat permainan bersepadu akan diagih di setiap daerah di Seberang Perai.
 

  1. MENAIKTARAF JALAN DI DALAM KAWASAN MPSP

Untuk menyediakan kualiti jalan raya yang baik di kawasan pentadbiran MPSP dan memberi perkhidmatan yang selesa, Majlis telah mengenalpasti di beberapa lokasi untuk tujuan perlaksanaan penyelenggaraan jalan termasuk tampung jalan pada tahun 2011 yang melibatkan parlimen dan peruntukan seperti berikut :

  1. Parlimen Tasek Gelugur RM941,028.84

  • Taman Desa Murni, Taman Pokok Sena Indah, Taman Orkid, Taman Koskam, Taman Telok Molek, Taman Selesa

  1. Parlimen Kepala Batas RM1,573,249.20

  • Taman Dahlia, Taman Seri Serdang Indah, Taman Kuala Bekah, Taman Penaga, Taman Bertam Putra, Penang Golf Resort PGR Bertam, Taman Kubang Menerong

  1. Parlimen Bagan RM1,212,322.14

  • Taman Merbau, Taman Melor, Taman Bunga Tanjung, Taman Kerapu, Taman Bagan, Taman Cantik, Kawasan Perniagaan Raja Uda, Taman Selayang, Taman Dahlia

  1. Parlimen Nibong Tebal RM2,614,461.47

  • Taman Pekaka, Taman Seri Acheh, Taman Nibong Tebal Jaya, Taman Cenderawasih, Taman Tasik Maju, Taman Bukit Panchor, Taman Sempadan, Taman Ping Wah, Taman Seri Emas, Taman Fajar, Taman Paketra, Taman Belatuk, Taman Paketra Indah, Taman Sentosa

  1. Parlimen Permatang Pauh RM2,207,170.80

  • Taman Guar Perahu, Taman Tun Hussien Onn, Taman Kelisa Emas, Taman Riang, Taman Pauh Indah, Bandar Perda

  1. Parlimen Batu Kawan RM2,003,587.49

  • Taman Inderawasih, Taman Merak, Taman Perai Utama, Taman Nilam Tanjung, Bandar Perai Jaya, Taman Rebana, Taman Chai Leng, Bandar Tasek Mutiara/ Taman Belibis, Taman Kasawari, Taman Merak, Taman Supreme

  1. Parlimen Bukit Mertajam RM2,130,000.00

  • Taman Remia, Taman Alma, Taman Kota Permai, Taman Bayu Mutiara, Taman Desa Palma, Taman Sejahtera, Taman Amra, Taman Alma Jaya, Taman Desa Damai, Taman B, Taman Sri Rambai, Taman Machang Manis

Jumlah keseluruhan untuk menaiktaraf jalan di kawasan MPSP adalah berjumlah RM12,681,819.34.
 

  1. PROJEK TEBATAN BANJIR

MPSP bekerjasama dengan JPS (Jabatan Parit dan Saliran) dan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Program Tebatan Banjir. Bagi Projek Tebatan Banjir, Majlis telah melaksanakan 6 projek yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6,524,509.61. Melalui Pakej 4: Taman Desa Damai (Sistem Perparitan)- Pakej A telah disiap sepenuhnya pada 24 Mac 2011. Manakala Taman Desa Damai Pakej B (Sistem Perparitan) bermula pada 20 September 2011 dan dijangka siap pada 27 Mei 2012. Bagi kerja-kerja menaiktaraf parit di Taman B SPT dan juga di Jawi Garden SPS peratus kemajuan di tapak adalah 90% dan dijangka siap sepenuhnya di kedua-dua lokasi adalah pada 26 Oktober 2011.

Manakala Cadangan Menaiktaraf Parit dan Kolam Takungan di Taman Remia, Bukit Mertajam dan Menaiktaraf Longkang dan Jalan di Taman Nibong Tebal Jaya, SPS yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,250,000.00 masih di peringkat kajian dan rekabentuk Juruperunding. Selain daripada itu, MPSP berusaha untuk membersih, mendalam dan melebar parit dan longkang supaya air dapat mengalir dengan baik untuk menghindar berlakunya banjir.

 

  1. PROJEK MENAIKTARAF PASAR AWAM

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk menaiktaraf pasar-pasar awam di Seberang Perai. RM5 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf 21 pasar dan RM5 juta lagi diperuntukkan untuk memperbaharui pasar-pasar berikut :

  1. Pasar Seri Bandar Butterworth,

  2. Pasar Samagagah Permatang Pauh

  3. Pasar Taman Berjaya Nibong Tebal

Bagi 21 pasar awam yang dinaiktaraf mengikut tahap dalam pelbagai perlaksanaan adalah seperti berikut ;

  1. Pasar Awam Jeti Lama

  2. Pasar Awam Taman Bagan

  3. Pasar Awam Bagan Ajam

  4. Pasar Awam Sri Uda

  5. Pasar Awam Mak Mandin

  6. Pasar Awam Kg Baru

  7. Pasar Awam Kota Permai

  8. Pasar Awam Berapit

  9. Pasar Awam Bukit Mertajam

  10. Pasar Awam Permatang Tinggi

  11. Pasar Awam Taman Selamat

  12. Pasar Awam Taman Chai Leng

  13. Pasar Awam Sri Rambai

  14. Pasar Awam Penanti

  15. Pasar Awam Seri Delima

  16. Pasar Awam Seberang Jaya

  17. Pasar Awam Bukit Panchor

  18. Pasar Awam Sungai Bakap

  19. Pasar Awam Valdor

  20. Pasar Awam Tasek Mutiara

  21. Pasar Awam Tambun Indah

Peruntukan RM1.4 juta untuk naiktaraf Pasar Tasek Gelugor dari Peruntukan Persekutuan.
 

  1. PROGRAM CSR MPSP

Melalui KRA untuk Meningkat Keceriaan Bandar, perkongsian pintar antara sektor swasta dan MPSP bercirikan friendship agreement iaitu Program CSR MPSP yang telah mengenalpasti sebanyak 16 program CSR telahpun dijadikan sebagai Projek Angkat oleh beberapa institusi. Status terkini, 2 program CSR adalah dalam perlaksanaan iaitu Vision Park, Bertam, SPU oleh Bertam Properties Sdn. Bhd. dan Projek Taman Tugu Demokrasi Bagan, SPU oleh MMC Gamuda Joint Venture kini ditahap 80% pembinaan siap di tapak.

14 lagi program CSR masih lagi dalam proses perundingan bagi mengemukakan pelan konsep untuk perlaksanaan adalah seperti berikut ;

1. Bulatan Bandar Perda, SPT KPJ Penang Specialist
2. Taman Linear, SPT SPEAD Members
3. Bulatan Bukit Minyak A, SPT Le Nam Mega Sheet S/Bhd
4. Bulatan Bukit Minyak B, SPT Tatt Giap Group Berhad
5. Pintu Masuk Bumbung Lima, SPU Wah Lee Group Electrical Appliances
6. Pintu Masuk Permatang Keling, SPS Wah Lee Group Elektrical Appliances
7. Bulatan Bukit Tengah, SPT DNP Land Sdn Bhd
8. Auto City Juru, SPT Golden Highway Autocity Sdn. Bhd
9. Bulatan Seberang Jaya, SPT Sunway Holding Bhd
10. Bulatan Tenggiri Seberang Jaya, SPT Sunway Holding Bhd
11. Bulatan Bandar Putra Bertam SPU AUCMS Kepala Batas
12. Kawasan Lapang Taman Terbilang, SPU Seri Ananda Bahwan Restoran (M) Sdn. Bhd
13. Kawasan Lapang Taman Bukit Panchor, SPS Mulpha Properties
14. Kawasan Lapang Taman Seri Sejahtera, SPT RT Taman Seri Sejahtera

Masih terdapat 19 lagi Projek CSR yang belum mempunyai komitmen dari mana-mana pihak. Justeru itu, saya menyeru syarikat atau badan-badan swasta supaya dapat bekerjasama dengan MPSP untuk mengambil mana-mana Projek CSR tersebut sebagai projek angkat.
 

  1. TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN OKTOBER 2011

Sepanjang bulan Oktober 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 55 notis berhenti kerja dan 96 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran serta 1 operasi meruntuh di Taman Jawi Jaya SPS.

Sebanyak 1,072 buah Premis Perniagaan telah diperiksa dan dari jumlah tersebut sebanyak 72 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

Direktorat juga telah mengeluarkan 137 kompaun kenderaan berat di dalam Taman Perumahan serta 59 Kompaun ke atas kenderaan lori tanah yang menyebabkan jalan kotor.

Sebanyak 213 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 10,650.00 bayaran diterima.

Sebanyak 8,014 kompaun parking telah dikeluarkan dan bayaran kompaun yang telah diterima berjumlah RM65,910.00 iaitu dari 1 Oktober 2011 sehingga 24 Oktober 2011.
 

Sekian, terima kasih.

CABUTAN KERJA UNDIAN KALI KELAPAN BIL 8/2011

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Cabutan Kerja Undian kali kelapan bagi tahun 2011.
(Sila Klik untuk maklumat lanjut)