IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

1.         Jawatan          :   Pekerja Sambilan Harian (Pekerja Awam)
 

2.         Kelayakan       :   Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

                                    (Kepujian Bahasa Malaysia)

 


3.         Umur              :  18 tahun ke atas

 
4.         Warganegara   :   Malaysia

 
5.        Jantina            :   Lelaki Sahaja

 


6.         Tempat  Bertugas       :   Majlis Perbandaran Seberang Perai

             
7.         Gaji/Upah                  :   RM54.00 sehari

 
8.         Jangka Masa Perkhidmatan  :   3 bulan sahaja

             
9.         Kemudahan Lain                :   Potongan KWSP

                                                    Tuntutan kerana menjalankan tugas rasmi mengikut kelayakan akademik 


10.       Bilangan Kekosongan         :   35 kekosongan

              

 

11.       Syarat Tambahan             :   Kesanggupan bekerja shif


12.       Pemohon yang berminat sila hadir seperti di bawah untuk temuduga terbuka

 

                    Tarikh             :           20 OKTOBER 2011

                         Masa               :           8.30 pagi hingga 10.00 pagi (PENDAFTARAN)

                         Tempat           :          Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi

                                                             Jalan Datuk Haji Ahmad Said

                                                             12000 Butterworth

 
13.       Pemohon diminta membawa alat tulis, sijil akademik asal dan sekeping gambar ukuran passport semasa menghadiri temuduga tersebut.

  

Setiausaha

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Jalan Perda Utama, Bandar Perda

14000 Bukit Mertajam

Tel : 04-5497555

 

PROGRAM COASTAL CLEAN UP SEMPENA HARI BUMI SEDUNIA 2011

Dimaklumkan bahawa Program Pembersihan Pantai Kuala Muda, Penaga, SPU Sempena Hari Bumi Sedunia anjuran oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada :

Tarikh          :          16 oktober 2011 (ahad)

Masa           :          6.30 pagi – 11.00 pagi.

Tempat        :          Pantai Kuala Muda, Penaga, SPU.

VIP             :          Y.A.B Ketua Menteri

Orang ramai dijemput hadir.

PAMERAN E-KERAJAAN

Dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Pameran e-Kerajaan pada :-

Tarikh : 15 - 16 Oktober (Sabtu & Ahad)
Tempat : UG Concourse Sunway Carnival Mall
Jam : 10:00 pagi hingga 5:00 petang 

Pameran ini diadakan bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran orang ramai  mengenai aplikasi perkhidmatan online kerajaan.  Program ini akan dirasmikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dan orang ramai dijemput hadir bersama bagi memeriahkan program ini.

PROGRAM ACARA BERBASIKAL BM MOUNTAIN BIKE CARNIVAL 2011 ANJURAN BERSAMA LP MTB CLUB DAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

Dimaklumkan bahawa Program Acara Berbasikal BM Mountain Bike Carnivall 2011 Anjuran Bersama LP MTB Club dan Majlis Perbandaran Seberang Perai akan diadakan pada:-

Tarikh : 16 Oktober 2011 (Ahad)

Masa :  7:15 pagi

Tempat : Taman Industri Sungai Lembu, Bukit Mertajam. 

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut. 

KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 30 SEPTEMBER 2011

Kenyataan Yang DiPertua 

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Majlis Penuh Pada 30 September 2011

 

1.ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 12 September 2011, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan sijil penghargaan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana telah berjaya memenangi 2 kategori anugerah sempena ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2010 iaitu :
 

i.ANUGERAH KHAS bagi Kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)

AIPBT ini  diwujudkan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang dalam Bidang Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan . Anugerah ini juga adalah selaras dengan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilaksanakan di peringkat persekutuan.

Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf inovasi dan pencapaian yang cemerlang dalam bidang Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu juga, anugerah ini adalah bertujuan memberi motivasi kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri (PBT) Pulau Pinang untuk terus menanda aras amalan terbaik dan melaksanakan inovasi dalam bidang dan proses kerja tertentu. Anugerah ini lebih menekankan kepada pengiktirafan bagi kejayaan yang ditunjukkan dalam bidang Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyokong operasi agensi Kerajaan dan mempunyai kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

ii.JOHAN bagi Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)
Anugerah ini adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada Jabatan–jabatan kerajaan di Negeri Pulau Pinang yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan yang merupakan salah satu aspek pengurusan terpenting dalam sesuatu organisasi.

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2010 pada awal tahun 2011 dan MPSP mengenengahkan tajuk “Keeping Afloat” iaitu ke arah memperkukuhkan kedudukan kewangan MPSP yang mampan melalui penambahbaikan sistem kerja serta mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam memudah dan mempercepatkan proses kerja di Majlis.

Selain itu, ia juga menunjukkan ciri-ciri kesungguhan MPSP dalam memantapkan amalan urus tadbir yang baik dan kualiti sistem penyampaian serta menggambarkan usaha-usaha berterusan yang telah dibuat oleh Pengurusan Atasan MPSP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.
 
Hasil dari inovasi yang telah dilaksanakan, MPSP dapat mengemaskini akaun pemilik cukai dengan cepat dan tepat serta pemilik boleh menyemak akaun mereka di mana-mana sahaja. Di samping itu, ia juga memudahkan MPSP dalam menyediakan penyata kewangan serta-merta pada bila-bila masa.

 
2.NOTIS  E CUKAI TAKSIRAN UNTUK SETENGAH TAHUN KEDUA 2011

Dimaklumkan bahawa Notis E cukai taksiran telah mula diposkan pada 22 September 2011 kepada pemilik-pemilik premis yang masih belum menjelaskan tunggakan cukai taksiran. Pemilik premis diminta menjelaskan tunggakkan dalam tempoh lima belas (15) hari daripada tarikh notis tersebut bagi mengelakkan harta disita.


3.OPERASI PENYERAHAN WARAN TAHANAN SERTA RAMPASAN HARTA MUDAH ALIH

Operasi penyerahan waran tahanan dan rampasan harta mudah alih akan dimulakan pada pertengahan bulan Oktober 2011 ke atas pemilik premis, jika didapati masih tiada bayaran dibuat daripada tarikh waran dikeluarkan. Pemilik premis adalah dinasihatkan agar menjelaskan tunggakkan dengan segera atau datang ke Ibu Pejabat atau Pejabat Cawangan MPSP untuk mendapatkan khidmat nasihat.


4.JADUAL MESYUARAT MPSP

Dimaklumkan bahawa pihak Majlis telah melakukan penambahbaikan terhadap penyediaan Takwim Jadual Mesyuarat MPSP bagi tahun ini dengan menyediakan Takwim Jadual Mesyuarat untuk bulan Oktober, November dan Disember 2011 di dalam Sistem Jadual Mesyuarat yang mana boleh dicapai melalui PANTAS.  Ini adalah untuk membolehkan kita menyusun jadual agar lebih sistematik, teratur dan terancang bagi pentadbiran mesyuarat MPSP.   Takwim Jadual Mesyuarat Tahun 2012 bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tetap juga akan turut dimuatkan sebelum hujung Tahun 2011.  Walau bagaimanapun, berkemungkinan akan terdapat pindaan dan Ahli Majlis adalah dinasihatkan untuk  mendapatkan notis mesyuarat daripada urusetia bagi sebarang mesyuarat yang akan dihadiri. Jadual yang dipaparkan dalam laman web adalah tertakluk kepada notis yang akan dikeluarkan oleh pihak urusetia mesyuarat. 


5.TENDER PEMBERSIHAN BERSEPADU

Untuk makluman semua, Majlis sedang menawarkan tender Pembersihan Bersepadu Majlis Perbandaran Seberang Perai seperti berikut :

i.Tender telah diiklankan pada 19 September 2011 di dada akhbar Sinar Harian
ii.Tender akan ditutup pada 17 Oktober 2011
(sebelum jam 12.00 tengahari)
iii.Taklimat wajib kepada penama syarikat telah diadakan pada 26 September 2011 di Auditorium MPSP
iv.Dokumen tender mula dijual pada 27 September 2011 yang lalu
v.Dokumen tender boleh didapati atau di muat turun melalui laman web sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my dengan harga RM 50.00
vi.Lukisan kawasan pula boleh didapati di kaunter berpusat MPSP di bangunan Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam pada harga RM 50.00

Antara skop Kontrak Pembersihan Bersepadu Seberang Perai adalah seperti berikut :

i.Kutipan sampah
ii.Pemotongan rumput
iii.Pembersihan jalan dan penyapuan jalan
iv.Pencucian parit, longkang dan pembentung
v.Pembersihan pagar dan ban FTZ (Zon 6 sahaja)
vi.Pembuangan banner dan poster
vii.Pembersihan pondok bas
viii.Cantasan pokok teduhan


Bagi memberi kemudahan kepada kontraktor yang menghadapi kesulitan untuk memuat turun (down load) dokumen Tender Pembersihan Bersepadu melalui Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pihak MPSP telah menyediakan kemudahan dalam bentuk cakera padat (cd) di Kaunter Berpusat, Bahagian Khidmat Pelanggan, Majlis Perbandaran Seberang Perai Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang mulai 3 Oktober 2011. 

Bagi mendapatkan cakera padat tersebut, syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut ;

(i)Hanya pemilik/penama lesen Kementerian Kewangan Malaysia (KMM/MOF) yang hadir taklimat projek sahaja pada 26.9.2011 sahaja dibenarkan mengambil, wakil tidak dibenarkan

(ii)Pihak kontraktor perlu mengemukakan resit asal pembelian dokumen yang dibuat secara online

(iii)Sila bawa bersama lesen Kementerian Kewangan Malaysia (KKM/MOF) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang asal

(iv)Kontraktor tidak dibenarkan membuat salinan atau menyerahkan kepada pihak lain.  Semakan pembelian akan dibuat melalui Sistem e-Perolehan oleh MPSP sebagai bukti

(v)Cd yang telah diterima perlu dipulangkan bersama-sama dokumen tender semasa tarikh tutup pada 17 oktober 2011 jam 12:00 tengah hari


6.SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali bagi warga MPSP yang menganut agama Hindu dan juga kepada seluruh penganut agama Hindu di Pulau Pinang yang akan disambut pada 26 Oktober 2011.


7.TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN SEPTEMBER 2011
Sepanjang bulan September 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 13 notis berhenti kerja dan 18 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran serta 7 operasi meruntuh.
Sebanyak 650 buah premis perniagaan juga telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 74 kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.
Direktorat Penguatkuasaan telah mengeluarkan 79 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 28 kompaun ke atas kenderaan lori tanah yang menyebabkan jalan kotor.
Sebanyak 227 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan diperolehi  sebanyak RM 11,350.00.
Direktorat Penguatkuasaan juga telah mengeluarkan sebanyak 4,428 kompaun parking dan kompaun yang telah dibayar adalah berjumlah RM55,675.00 (1 September 2011 – 26 September 2011).


SEKIAN, TERIMA KASIH.